icon-search
icon-search

Sambal Ikan Bilis Rangup

Sambal Ikan Bilis Rangup

Menu yang akan buat kita bertambah nasi ni. Walaupun lauknya simple je tetap berselera makan dengan nasi panas panas tambah dengan telur mata. Terliur kita.

Bahan-bahan: 

1) Ikan Bilis 

2) Bawang Merah Kisar VIAS FOOD

3) Bawang Putih Kisar VIAS FOOD

4) Cili Merah Kisar VIAS FOOD

5) Cili Padi Kisar VIAS FOOD


Cara-cara memasak: 

1) Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing

2) Bila ikan bilis dan garing boleh angkat dan toskan minyak

3) Kemudian, guna minyak yang sama untuk tumis bahan kisar sehingga masak

4) Bila tumisan dah masak dan garing, masukkan perasa (garam/gula/serbuk perasa)

5) Tunggu sambal sedikit sejuk 

6) Gaulkan ikan bilis dan sambal sehingga sebati. 

Klik disini untuk video resipi 

SELAMAT MENCUBA!! 



Seterusnya Sebelumnya

Bakul anda masih kosong.
Terus membeli-belah